Friday, May 14, 2010

Sultan Salahuddin al-Ayyubi Penakluk Jerusalem

Assalamualaikum.... aiii.... hmmmm... pnah dgar nma ney.... nk tw sal dy... t r aq cita... sbar r ckit.... nma sbenar dy Yusuf bin Ayyub(1137-1193)... hmmm... aq kagum ngn dy neyh.... bnyk manfaat yg aq dpt lpas bca bku tntg dy... mningkatkn smangat jihad lam dri aq.... Dia juga terkenal dlm masyarakat Nasrani dan Muslim coz kebolehan dy sbagai ktua n ketangkasan dy dlm peperangan yg disertai juga dengan sifat kesatriaan n belas kasihannya semasa perang salib... Di barat dy dikenali sbagai Saladin.... Kt atas ney pic tugu peringatan Salahuddin kt Damsyik... dy dilahirkan di dlm keluarga kurdish kt Tikrit... ps 2 dy kna hntar ke Damsyik tuk mghabiskan pelajarannya... ayah dy Najm ad-Din Ayyub ialah gabenor Baalbek.. Salahuddin tgal kt Damsyik lebih kurang 10 tahun... Salahuddin ney dy blajar ilmu ketenteraan dgn bapa saudara dy Shirkuh... bapa saudara dy ney ialah panglima tentera Nur al-Din.. law xsilap dy ney gabenor mesir... suma ney blaku time zaman abbasyiah... cara salahuddin jd sultan agk pelik n boley wt owng ftnah dy... mla2 dy dilantik sbagai pnolong pglima tentera.... selepas 2 dy mggantikan bapa saudarnya sbagai panglima tentera... selapas i2 khalifah Al-Adid meninggal dunia dn dy mnjadi Sultan Mesir ketika i2... dy telah bnyk mgubah corak pentadbiran kt Mesir... n bnyk mgubah sistem ketenteraan.. dy juga mguatkn lg pasukan tentera untuk menyerang tentera Salib yg mnguasai Jerusalem (baitulmuqaddis)... dy juga mengembalikan ajaran sunnah Waljamaah kt Mesir...


Menentang Tentera Salib....

Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Allepo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176(Aleppo) dan 1186 (Mosul).

Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177 Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis.. Keamanan di antara Salhuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185.

Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang neger-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam Perang Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), Raja Negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.

Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.

Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Muslim menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard 1 dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.

Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia. walaupu dy dh lma mati... tp du tetap hero bg umat Islam.. hehehe....kt eropah pon dia disanjung....walaupon berbeza agama tp dy sgt dihormati oleh bangsawan2 kristian seperti Raja Richard... Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Salahuddin juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau lebih rela Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.

Makam Salahuddin al-ayyubi di luar Masjid Ummaiyyah , Damsyik , Syria....


Salahuddin Al-Ayubbi dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid Ummaiyyah di Damsyik, Syria. Maharaja Wilhelm II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut. Jenazah Salahuddin bagaimanapun tidak ditempatkan di situ... Sebaliknya makam itu mempunyai dua kubur iaitu satu kubur kosong diperbuat daripada marmar dan satu kubur mengandungi jenazah Salahuddin yang diperbuat daripada kayu.. salahuddin merupakan seorang yg sgt sederhana... kbnyakan masanya dihabiskan tuk beribadah kpd Allah.... Aq snjung gila2 dy neyh.. nk kterangan lanjut g sal dy bca la bku dy.. bli ja kt popular... novel sejarah Islam... ada bnyk g tokoh.... t aq crita sal owng leyn plak... pnat nk tlis... copy paste jer bnyk.. hehehe... arap korang dpt info tntg dy n dpt muhasabah kn dri korang ek.... k... takat 2 dlu ek... t aq update yg len plak.... okey.... Islam i2 indah kn... Assalamualaikum........


Salahuddin al-Ayyubi

No comments:

Post a Comment